Tuesday, 28 October 2014

Mudah Ulangkaji Sejarah KSSR Tahun 4 dengan Yat's Design Mind Map

Peta Minda 100% berpandukan buku teks Sejarah KSSR Tahun 4

Bantu lah anak-anak anda mengulangkaji subjek Sejarah tahun 4 dengan mudah dan cepat. Teknik ulangkaji menggunakan Yat's Design Mind Map :

1) Ibu bapa perlu membaca dan lihat keseluruhan rekabentuk dan nota peta minda yang disediakan terlebih dahulu.
2) Kemudian, cari kata kunci dari peta minda tersebut di dalam nota yang berkaitan di dalam buku teks.
3) Catatkak no.muka surat buku teks yang berkaitan dengan nota pada peta minda.
4) Setiap kali anak-anak membaca peta minda, galakkan anak-anak merujuk buku teks pada muka surat yang telah dicatatkan pada peta minda.

Secara tidak langsung, melatih kemahiran anak-anak kecil yang bersekolah rendah belajar mencari isi-isi penting dari buku teks. Ini meningkatkan pengetahuan mereka untuk belajar berdikari pada masa hadapan mencatat dan merekabentuk sendiri peta minda bagi tujuan ulangkaji apabila belajar di peringkat yang lebih tinggi.

Murid-murid juga akan menjadi lebih kreatif dan inovatif kerana menggunakan kemahiran berfikir menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Masa belajar juga akan menjadi lebih cepat dan tidak bosan serta tidak stress. Gambar yang berwarna-warni meningkatkan minat anak-anak untuk belajar.

Apabila pada masa akan datang anak-anak sudah pandai melukis sendiri dan mencatat nota menggunakan peta minda, belikan mereka pen yang berwarna-warni.Semoga anda semua success dan menjadi ibu bapa yang cemerlang untuk dunia dan akhirat. Aaminn.

Sekiranya anda berminat untuk melihat contoh peta minda sejarah untuk anak-anak anda sila klik pada link di bawah gambarajah ini dan tekan LIKE pada FB fan page PETA MINDA PELAJAR SEKOLAH RENDAH.Sekian, terima kasih.



Belajar Bina Pangkalan Data (Database) dengan Microsoft Access

 
 
 
Ketahui dahulu sejarah Pangkalan Data (Database)
 
 
Ini Database Murid yang cuba dipelajari


Seronok sangat hari ni dapat belajar cara bina pangkalan data. Biasanya orang kenali sebagai 'database'. Contohnya database yang tengah hangat sekarang di kalangan guru-guru iaitu SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) dan dulu yang menjadi kontroversi SPPBS (Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah) serta banyak lagi lah. Database ini boleh diibaratkan seperti kabinet fail yang menyimpan pelbagai fail/dokumen. Itu cara penyimpanan fail manual yang banyak kelemahan seperti fail/ dokumen mudah rosak, susah dicapai atau dicari, memerlukan ruang yang banyak dsbg. Sekiranya segala data dalam dokumen fail disimpan dalam sistem pengakalan data (database) komputer, kelebihannya data yang disimpan lebih selamat, mudah dicapai di mana sahaja, tahan lama dan tidak memerlukan ruang yang besar malah lebih menjimatkan kos kerana tidak memerlukan kertas yang banyak. Alam Sekitar pun terpelihara.

'Database' boleh digunakan untuk merekod maklumat murid, kelas, penjaga dan macam-macam lagi. Memang sangat membantu. Hari ni saya diajar oleh jurulatih di kalangan guru yang sangat berpengalaman dalam bidang IT tentang membina 'database' menggunakan Microsoft Access. Sebenarnya terdapat banyak perisian (software) yang kita boleh guna untuk membina 'database'. Cuma 'Access' ini mudah dipelajari dan mesra pelanggan. Tetapi menurut jurulatih kami, apabila menggunakan 'Access' dikhuatiri apabila versi nya berubah pada masa akan datang menyebabkan segala 'setting' yang digunakan berubah. Itu menyukarkan keadaan pada masa hadapan. Jadi, jika dah 'expert' tentang database ni pada pendapat saya gunalah 'software' yang lebih baik.

Alhamdulillah, baru belajar sikit tentang 'database'. Masih perlukan banyak lagi latihan sebelum betul-betul boleh membina sendiri 'database' sekolah. Harap-harap lah boleh praktikkan nanti. In sya Allah. Apa-apa pun terima kasih kepada Jurulatih saya hari ini yang bagi saya sangat komited dengan teknik pengajaran yang sangat berkesan iaitu Cikgu Zulkifli B. Alang Mahat dari SMK Segambut.Tahniah cikgu!
Jasa anda akan ku kenang

Monday, 27 October 2014

Belajar TMK

Tau tak apa itu TMK?

TMK tu Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Zaman sekarang belajar makin mencabar you! Murid-murid sekolah rendah pun kena belajar & tahu semua pasal IT. Kalau tak ketinggalan jauh. Yang pandai pun ada yang merangkak-rangkak.Yang ketinggalan langsung terus sesat.Hilang haluan. Jadi kenalah tahu tentang perkembangan terkini teknologi moden. Dunia sekarang banyak persaingannya. Jadi, nasihatkan kawan-kawan atau anak-anak yang selalu ponteng sekolah. Rajin-rajin la hadir sekolah setiap hari ye! Kalau tak, mereka yang rugi nanti. Orang sekarang berjalan macam jet, bullet train pun kalah tau!

TMK merupakan silibus baru murid-murid sekolah rendah. Mula dilaksanakan pada tahun 2014 untuk murid-murid tahun 4 dalam sistem KSSR. Murid-murid diajar tentang apa itu komputer, mengenali ukuran data, membanding beza saiz fail, persembahan multimedia, internet dan sebagainya. Murid-murid dinilai secara pentaksiran di dalam kelas semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran dan di luar kelas melalui kerja projek secara individu atau berkumpulan.

Setiap kali hujung tahun, guru-guru yang terpilih mengajar subjek ini pada tahun hadapan akan menghadiri kursus PLUG TMK. Hari ini, 27 Oktober 2014, saya lah guru bertuah itu. Kena hadiri kursus dan bengkel TMK Tahun 5 untuk murid-murid pada tahun 2015. Tahun hadapan, saya juga terpaksalah mengajar subjek ini. Walaupun saya tidak berapa tahu 100% tentang ilmu komputer ni, disebabkan dah terpilih akur sahaja lah. Itu semua ilmu yang perlu dipelajari dan bakal dikongsikan bersama murid-murid.

Dalam kursus PLUG TMK Tahun 5 kali ini, saya dapati tajuknya lebih menarik. Tentang sistem rangkaian, sejarah internet, dunia internet dan paling menarik pembinaan blog. Kumpulan saya telah diberi tanggungjawab membentangkan tajuk "Protokol".



OK, di sini saya kongsikan hasil pembentangan slide kumpulan kami yang telah dibina hanya dalam masa 1 jam.

Ini lah ahli kumpulan kami termasuk saya.


Guru SJKC Yoke Nam                               saya lah ni                                     Guru SK Jln Sg Besi 1

Biarlah gambar saya di tengah-tengahkan. Di apit oleh 2 orang jejaka. Jangan jealous!!!

Thanks guys.....my group members.


Tuesday, 11 February 2014

Kenangan Pahit Yang Tak Dapat Dilupakan

Fakhrullah kritikal bronchial pneumonia di NICU Hospital Temerloh, Pahang ketika Hari Raya 2012. 5 hari di wad ICU dan 3 hari di wad pediatric.

"Dugaan itu hanya untuk mereka yang kuat dan mampu menanganinya dengan bijak". Itu lah kata-kata rakan ku yang menguatkan semangatku.

Ayahku kembali aktif.

PERSATUAN SENI SILAT LINCAH CAWANGAN SK JALAN SUNGAI BESI 1 & 2 PIMPINAN AYAH KU SENDIRI - PENDEKAR ABAS


Friday, 3 August 2012

Tips melatih anak kecil bercerita (berdasarkan pengalaman sendiri)

Adam Naufal yang bijaksana,
Anak mama ni berani sungguh kat atas pentas..... I'm proud of you !!!! story telling ....UMAR AL-KHATTAB PANGLIMA PERANG .



TIPS MELATIH ANAK KECIL BERCERITA

  • Mulakan latihan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum pertandingan atau persembahan.Jangan terlalu memaksa anak kecil berlatih bercerita sekiranya dia tidak mahu.
  • Beri pujian setiap kali anak boleh menghafal dan ganjaran sekali sekala untuk meningkatkan keyakinannya.
  • Berlatih menghafal di mana sahaja sama ada di rumah, di dalam kereta, sambil menunggu atau di mana sahaja tempat yang bersesuaian dan setiap kali ada kelapangan.
  • Ibu perlu membacakan skrip baris demi baris sekurang-kurangnya 3 baris dan diikuti oleh anak. Ulang baris tersebut beberapa kali sehingga anak boleh menghafal.Tetapi ingat ! jangan paksa lagi sekiranya anak sudah nampak letih / bosan.
  • Setiap kali ibu membaca skrip perlu disertakan dengan gaya, mimik muka dan intonasi sesuai dengan jalan cerita agar anak boleh biasakan dengan keadaan gaya penceritaan.
  • Ambil video ketika anak sedang berlatih dan tunjukkan semula kepadanya.Beri komen kepada anak secara berhemah.
  • Ibu perlu mempunyai semangat, motivasi dan kesabaran yang tinggi untuk melatih anak kecil bercerita.
  • Berikan anak makanan yang boleh meransang minda anak seperti madu, kurma dan terkini di pasaran coklat minda. Elakkan makanan yang tidak sihat yang mengandungai banyak MSG (monosodium glutamate) seperti makanan ringan.
  • Apabila pertandingan / persembahan semakin hampir lebih kurang seminggu lagi, galakkan anak bercerita di hadapan orang ramai dimulakan dengan keluarga terdekat dahulu dan seterusnya rakan-rakannya dan jiran tetangg.(supaya anak berani berhadapan dengan orang ramai). Pakat dengan penonton untuk memberikan pujian/ganjaran atas persembahan tersebut dan sentiasa meminta pandangan dan sokongan daripada mereka.
  • Jangan terlalu berharap anak boleh memenangi pertandingan.Asalkan anak boleh menghafal dan bercerita dengan baik serta sudah berani berhadapan dengan orang ramai, sudah boleh membanggakan si ibu.
  • Berikan kata-kata positif kepada anak seperti 'yakin boleh', 'kawan-kawan  pasti suka dengar dan tepuk tangan' dsbg.
  • Luangkan masa bersama anak untuk menemaninya pada hari pertandingan/ persembahan.
  • Jaga mood dan tenaga anak sebelum waktu pertandingan/ persembahan.
  • Sekiranya anak tidak menang, jangan beritahunya....belikan hadiah anak sendiri sekiranya tiada hadiah saguhati sebagai penghargaan atas usahanya yang sangat berharga.
  • Ambil gambar & video detik indah anak dan kongsikan bersama keluarga & rakan-rakan di hadapan anak.
  • Sentiasa mendoakan anak secara khusus seperti mendoakan kelancarannya, kesihatannya dan keyakinannya agar tidak luntur.
  • Akhir sekali, bertawakal lah................
Semoga tips ini dapat membantu ibu/ bapa melatih anak-anak bercerita.Selamat berjaya 

Thursday, 2 August 2012

Kreativiti anak-anakku...............

Canggihnye kereta angry bird rekaan Faiz Nazhan !!!!


Dengan sepit pun jadi.......rekaan Adam Naufal...cuba teka burung ke kapal terbang ????


Rekaan Hanif Nazmi & Adam Naufal............... horse VS dinasour