Tuesday 28 October 2014

Belajar Bina Pangkalan Data (Database) dengan Microsoft Access

 
 
 
Ketahui dahulu sejarah Pangkalan Data (Database)
 
 
Ini Database Murid yang cuba dipelajari


Seronok sangat hari ni dapat belajar cara bina pangkalan data. Biasanya orang kenali sebagai 'database'. Contohnya database yang tengah hangat sekarang di kalangan guru-guru iaitu SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) dan dulu yang menjadi kontroversi SPPBS (Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah) serta banyak lagi lah. Database ini boleh diibaratkan seperti kabinet fail yang menyimpan pelbagai fail/dokumen. Itu cara penyimpanan fail manual yang banyak kelemahan seperti fail/ dokumen mudah rosak, susah dicapai atau dicari, memerlukan ruang yang banyak dsbg. Sekiranya segala data dalam dokumen fail disimpan dalam sistem pengakalan data (database) komputer, kelebihannya data yang disimpan lebih selamat, mudah dicapai di mana sahaja, tahan lama dan tidak memerlukan ruang yang besar malah lebih menjimatkan kos kerana tidak memerlukan kertas yang banyak. Alam Sekitar pun terpelihara.

'Database' boleh digunakan untuk merekod maklumat murid, kelas, penjaga dan macam-macam lagi. Memang sangat membantu. Hari ni saya diajar oleh jurulatih di kalangan guru yang sangat berpengalaman dalam bidang IT tentang membina 'database' menggunakan Microsoft Access. Sebenarnya terdapat banyak perisian (software) yang kita boleh guna untuk membina 'database'. Cuma 'Access' ini mudah dipelajari dan mesra pelanggan. Tetapi menurut jurulatih kami, apabila menggunakan 'Access' dikhuatiri apabila versi nya berubah pada masa akan datang menyebabkan segala 'setting' yang digunakan berubah. Itu menyukarkan keadaan pada masa hadapan. Jadi, jika dah 'expert' tentang database ni pada pendapat saya gunalah 'software' yang lebih baik.

Alhamdulillah, baru belajar sikit tentang 'database'. Masih perlukan banyak lagi latihan sebelum betul-betul boleh membina sendiri 'database' sekolah. Harap-harap lah boleh praktikkan nanti. In sya Allah. Apa-apa pun terima kasih kepada Jurulatih saya hari ini yang bagi saya sangat komited dengan teknik pengajaran yang sangat berkesan iaitu Cikgu Zulkifli B. Alang Mahat dari SMK Segambut.Tahniah cikgu!
Jasa anda akan ku kenang

1 comment:

  1. Terima kasih cikgu yati. Saya baru terjumpa catatan cikgu.

    ReplyDelete